Isnin, 8 Mei 2023

Kenapa saya join Shaklee

Bestnya Shaklee...

Saya mula kenal Shaklee sewaktu remaja. Waktu tu, saya berumur 17 tahun. Saya masih bersekolah. Saya ambil SPM waktu tu.

Sebenarnya, saya bermula dengan masalah kulit pada wajah saya. Kulit muka saya yang gelap gelita, kulit muka berminyak, berjerawat, berparut jerawat yang hitam. 

Sehingga kan saya malu nak berkawan. Saya tiada keyakinan diri untuk berjumpa kawan-kawan saya.

Mula saya menyendiri. 

Dulu, Saya kurang bergambar. Rasa macam nak tutup je muka. Nak keluar bilik pun tak nak. haha.

Saya mula jadi pendiam. Meyorok je. Orang tak kenal pun saya. Kalau dalam kelas, Saya suka duduk di belakang. 

Biar orang tak nampak saya. Kelakar kan saya dulu. hihi

Muka saya naik jerawat saya rasa sakit. Jerawat yang besar tu. Saya pula suka sangat picit. Keluar darah, keluar lah macam nasi tu. Lepas tu, lekat parut. Adoi lah 😭

Masalah saya ni, saya tak share dengan orang. Jenis pendam sendiri je. 

Tapi saya mencari solusi sendiri. Saya mula melilau di kedai-kedai mencari skin care yang bajet murah seorang pelajar sekolah menengah. Macam-macam saya cuba pakai di muka tak menjadi pulak.

Dari hari ke hari saya fikirkan tentang masalah kulit muka saya. 

Lekat parut dah di muka. Di dahi, di dagu. Suatu hari tu, kak long saya ada bagitau tentang Shaklee ni. Masa tu lah saya baru kenal Shaklee. 

Sewaktu saya berumur 17 tahun lah saya kenal ESP dan Vitamin C Shaklee. 

Kak long saya sedang amalkan Set Menyusu Shaklee masa tu. Dia sedang menyusukan anak sulungnya dalam pantang.

Saya baru je berkenalan dengan Shaklee. Saya minum ESP dan Vitamin C Shaklee tak habis lagi pun dah nampak kesannya. 

Jerawat dah mula reda. Tak naik dah. Parut hitam di muka pun semakin menghilang. Saya makin gembira. Kulit muka saya semakin cerah.

Saya tertanya-tanya ape sebenarnya Shaklee ni. Shaklee ni dari mana? Syarikat yang macam mana? Ape kandungan dalam vitamin c dan juga ESP yang membuatkan kulit jadi semakin cantik. 

Dari situ, saya mula belajar. Saya ikut masuk kelas Nutrisi Shaklee. Saya mula banyak membaca. 

Dalam Shaklee semuanya belajar. Berkongsi dari hati. 


Saya fikir juga tentang bajet kewangan bila nak ambil Shaklee ni. Shaklee ni kan bukannya murah. Tapi kali ni sangat murah. Harga student betul!

Lagipun saya pelajar masa tu, bukannya ada duit sangat. 

Saya pun mula berkongsi cerita tentang Shaklee ni. Dari mulut ke mulut. Dari bilik saya di asrama ke bilik-bilik kawan lain.

Saya berkongsi dengan kawan-kawan saya. Mula dapat buat duit poket. Dari dapat duit poket dari Shaklee tu, saya buat beli Vitamin C Shaklee dan juga ESP. 

Dari zaman sekolah menengah sehingga ke masuk IPT saya makan Shaklee ni lagi. ESP dan juga Vitamin C ni saya tak tinggal. 

Lagipun, ESP senang di bancuh. Boleh minum dalam bilik di asrama. Saya ni perut selalu lapar. Sampai ada gastrik.

Malam-malam perut saya asyik minta makan je. Asrama mana ada dapur. Mak cik kantin pun dah balik. 

Jangan harap nak minta makan tengah malam. 

Elok sangat minum ESP ni. Pagi ke, malam ke boleh minum sewaktu buat assigment atau sedang menghafal, membaca buku.

Kawan-kawan saya mula bertanya. Awak makan ape tu? Untuk ape? 

Saya bagitau je lah. Eh, tiba-tiba dia nak cuba jugak.

Saya banyak jual ESP dan Vitamin C Shaklee ni. 

Mula-mula kawan sebilik yang tanya. Dia dah nak makan Shaklee dah. Dia bayar, lepas tu saya call kakak saya. Kakak saya pergi ambil di branch Shaklee. Dan hantar pada saya di asrama.

Masa tu, saya tak reti lagi order online dalam sistem. 

Perlahan-lahan belajar. 

Kawan saya sebilik, mula berkongsi dengan kawan bilik sebelah. Eh, berjalan dari mulut ke mulut. 

Lepas tu, seasrama tahu! Sambil buat assingment, puak-puak ni minum ESP dan Vitamin C lah. 

Sebab nak kulit cantik berjemaah. 🤭

Terharu lah saya. Kah kah..

Anak dara memang semua nak cantik-cantik. Dah jadi Mak mak pun lagi lah nak cantik kan.  

Lepas tu, mula tersebar kat dalam dewan kuliah. Saya budak lagi masa tu. Geng budak-budak, bercakap cara budak-budak. Dengan budak-budak ni lain. Sambil gelak-gelak pun jadi. Haha 🥰

Lepas dengar kuliah. Saya bagi flyers kat pensyarah perempuan saya. 

Saje lah nak share. Dengan senyum pensyarah ambil flyers dari saya. 

Mula-mula malu juga nak berkongsi tu. Takut ape-ape lah yang di kata. Lagipun bukan baya saya. Pensyarah kot!

Macam-macam yang saya fikir.

Tapi sebenarnya Puan Pensyarah tak kata ape-ape pun. Kepala otak saya je fikir yang macam-macam. 

Lepas tu, saya mula masuk order dari kawan-kawan dan juga pensyarah saya. Pensyarah saya waktu tu ada anak kecil yang sedang menyusu. 

Saya mula ajak sertai Shaklee dengan join ahli. Saya daftarkan seorang, dan seorang. Bermula organisasi saya berkembang. Alhamdulillah..

Dulu, saya tak berkongsi pun di Fb, IG, Blog, Whatsapp, Tik Tok, You Tube.

Saya pakai handphone nokia je dulu. Tak de pun Internet. Saya tak pandai pun online ni. 

Kalau nak guna internet kena pergi siber Cafe.

Tapi boleh belajar kan. Bila belajar mula bertindak. 


Alhamdulillah. 

Sudah selesai masalah kulit saya dengan Shaklee. 

Saya hanya mencadangkan jalan penyelesaian dengan membantu orang lain kenal Shaklee juga dan saya sangat gembira bila masalah yang sedang di hadapi boleh selesai dengan baik. 

Sehingga kini, kawan-kawan dan pensyarah, guru-guru sekolah menengah dan sekolej dulu duk repeat order lagi dengan saya. 

Jom nak Shaklee boleh cari saya. 🤗

Kini, saya semakin meluas. Fikiran saya sudah terbuka. 

Kalau dulu, buat secara manual macam budak kampung je. 

Sekarang ni lain sikit. Boleh pergi seluruh Malaysia ye. Canggihnya teknologi sekarang. 

Whatsapp 011-56761461
Rakan Shaklee anda.
Pengedar Shaklee Kelantan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan