Rabu, 26 Disember 2018

Tips Kulit Cantik

PERFECT COMBO FOR YOUR SKIN❤️
-
-
Ini antara combo ESP yang paling LARIS, SET BASIC KECANTIKAN which is ESP + VITAMIN C SHAKLEE . Nak tahu apa kelebihan COMBO dua supplements ni ?Meh Adawiyah share dengan awak semua ..
-
Energizing Soy Protein (ESP) :
-
🌸 Penting untuk membentuk sel protein badan.
🌸 Mempercepatkan proses pemulihan lapisan kulit dan mencerahkan kulit.
🌸 Menggantikan sel-sel yang rosak
🌸Mengecilkan pori-pori muka.
🌸 Menjadikan kulit lebih gebu dan anjal
-
VITAMIN C :
-
🌸 Menjadikan tona kulit sekata.
🌸 Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas
🌸 Mengurangakan masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
🌸 Membaiki kulit yang rosak.
🌸Antara bahan utama dalam sintesis kolagen semulajadi tubuh.
🌸Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembab.
🌸 Meningkatkan imuniti tubuh
-
.


Dah ramai grab tau . Korang bila lagi ? Boleh whatsaap Adawiyah untuk dapatkan BEST PRICE okey ? 😊

0115-6761461


Ahad, 23 Disember 2018

Krim Serba Guna yang Awesome💖

HERBAL BLEND SHAKLEE
.
.
multipurpose cream ni mmg terbaik dari ladang keluaran shaklee 😍
🌿 ia selamat digunakan walaupun untuk bayi
🌿 selesa & menenangkan (dingin mentol & tidak berminyak)
🌿 paraben free! (diperbuat dari ekstrak tumbuhan)
.
.
sesuai utk seisi keluarga ..setiap rumah kene ada ni satu..WAJIB tau
haha ..
.
.
kegunaan herbal blend shaklee:
💚 utk kulit kering,tumit pecah
💚 ruam baby (muka & satu badan)
💚 membantu rawatan ekzema, campak dan hilangkan parut nya
💚 utk gigitan serangga & gatal2
💚 ubati luka dan melecur
💚 krim kegunaan harian
💚 membantu memulihkan puting luka bagi ibu menyusu
.
.
ingredients : sage leaf, horse chestnut seed, yarrow, rosemary leaf ! ( merawat luka jangkitan gigitan serangga, rawat alergi kulit & ekzema, sembuhkan luka, selsema dan demam, musuh bagi serangga nyamuk lalat ulat dan kumbang)
.
.
Beli untuk setiap rumah terkena minyak panas ke ape sapu je..baby ruam kat leher ke ape sapu je mmg berkesan!



Call/pm/Whatsapp
0115-6761461
#AdawiyahShaklee
#ShakleeKelantan


Vitamin yang sentiasa ditunggu dan dirindui😍

Tak makan sehari, boleh sasau..

Kenapa BEST?
~ sakit pinggang semakin menghilang
~ masalah sembelit.. Alhamdulillah dah takde
~ takde masalah sakit gigi sewaktu hamil
~ kaki kejang/simpul biawak/tarik mengkarung HILANG!
~ tulang baby kuat.. dalam pantang, baby dah boleh angkat kepala
~ gigi kuat
~ sakit kaki, lutut pun dah jarang-jarang singgah

Banyak manfaat kan?

Bagi yang TAK SUKA SUSU.. ini adalah pilihan tepat untuk anda menambah keperluan kalsium dalam badan 😍



#VitaminPilihanAdawiyah
#AdawiyahShaklee
0115-6761461









Bukti Pentingnya Susu Ibu.

'Bukti Pentingnya Susu Badan' - Keajaiban Susu Ibu, Bertukar Warna Mengikut Tahap Kesihatan Bayi.

Susu dari badan ibu memang tidak dinafikan mempunyai banyak khasiat untuk bayi. Malah, para ibu di Malaysia dinasihatkan agar memberi bayi susu badan sehingga anaknya berusia 2 tahun.

Tapi, ada 'sesuatu yang lebih ajaib dari khasiat' yang dikesan oleh seorang ibu di Pennsylvania apabila mendapati air susunya bertukar warna berdasarkan tahap kesihatan bayi itu sendiri.

Ashlee Chase menulis di Facebook dengan niat untuk memberitahu orang ramai mengapa pentingnya menyusu dada dari menyusu botol.

"Kenapa kamu masih memberikan anak 7 bulan minum dari dada, bagi sajalah guna botol. Dia sudah terlalu tua. Kamu perlu letakkan dia di atas katil sendiri (dengan minum susu dari botol)". Tulis Chase memulakan posting tersebut.

Bersama posting terbabit, Chase memuat naik gambar ini.

Menurut Chase, gambar di dalam plastik itu adalah susu dari badannya. Susu yang berada di bahagian atas adalah susu ketika anaknya, Elliot berada di dalam keadaan sihat.

Susu di bahagian bawah pula adalah warna susunya ketika anaknya itu sedang demam.



Jadi, ini bermakna susu berubah warna mengikut keadaan kesihatan anak? Wow, sangat magis!

Tapi sudah tentu ada penjelasan di sebalik 'magis ini' Seorang pengguna Facebook menjelaskan bahawa susu bertukar warna (kandungan nutrisi di dalamnya) mengikut air liur bayi ketika menyusu badan.

Menurut satu kajian dari Clinical and Translational Immunology pada 2013, apabila bayi sakit, bilangan leukosit dalam susu di payudara melonjak naik.

Seorang ahli biologi dan Professor Madya di Center For Evolution and Medicine di School of Human Evolution & Social Change af Arizona State University, Katie Hinde pernah menjelaskan kepada portal thestranger. Com bahawa apabila bayi menghisap puting ibunya, satu vakum (ruang tanpa udara) vakum tercipta.

Dalam vakum itu, air liur bayi akan tersedut masuk ke dalam puting ibu di mana reseptor di kelenjar susunya akan membaca isyarat di dalam air liur itu.

Kata Hinde, dengan keadaan teruja, air liur bayi itu mempunyai maklumat tentang status sistem imun bayi tersebut.

Dan ya, selepas itu badan si ibu akan mengubah isi kandungannya supaya dapat memberi nutrisi yang sesuai mengikut keadaan bayi.

Jika reseptor di kalenjar susu mengesan kehadiran petogan (sejenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan badan tak sihat), kalenjar itu akan 'menyuruh' badan ibu untuk menghasilkan antibodi bagi melawan pentagon tersebut.

Dan antibodi itu akan disalurkan masuk ke badan bayi menerusi susu ibu bagi melawan infeksi tersebut.

Ajaib, tapi saintifik! Namun sudah tentu mekanisme pemprosesan susu di badan manusia jauh lebih kompleks dari apa yang ditulis di dalam artikel ini.


Jadi, sebab itulah ibu ibu menyusu seharusnya cukup pengambilan nutrisi untuk tubuh badan dengan vitamin Semulajadi, sebab dengan pengambilan vitamin sangat mempengaruhi penyusunan pada bayi.

Apa yang ibu ibu makan akan disalurkan terus pada bayi anda.

Jom Share pada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak untuk pengetahuan bersama🤗

#JomSusuiBayiKita 😉 #AdawiyahShaklee
#pengedarShakleeKelantan.

Nak vitamin Set Penyusuan Shaklee? Boleh deal dengan Adawiyah ye😃

Whatsapp 0115-6761461


Hamil dan Berpantang dengan Cukup Nutrisi🤗

Shaklee sebagai Set Berpantang anda ❤

✿✿✿ KENAPA PERLU PILIH SHAKLEE ✿✿✿

1) Kerana Shaklee ni SELAMAT dan UNIK jika nak di bandingkan dengan set berpantang atau set bersalin lain yang berlambak di pasaran sekarang.

2) SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh di ambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal 2jam selepas melahirkan bayi.

3) SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh di makan oleh ibu yang bayi di sahkan ada masalah jaundis/sakit kuning.

4) SELAMAT kerana ibu yang melahirkan bayi secara normal atau pembedahan boleh makan vitamin Shaklee ini.

5) UNIK kerana gabungan vitamin yang ada dalam set bersalin atau set berpantang Shaklee ini membuatkan ibu lebih cergas, lebih bertenaga, lebih anggun dan cantik.

6) UNIK kerana luka ibu akan lebih cepat sembuh.

7) UNIK kerana susu ibu meriah dengan adanya ESP dalam set ini.

Jadi, anda dah tahu kan..kenapa Set Berpantang dan Set Bersalin Shaklee menjadi pilihan ibu moden pada hari ini?

Set Berpantang / Set Bersalin Shaklee adalah set mampu milik oleh semua bakal ibu. kerana boleh tahan 2 hingga ke 6 bulan..Tak percaya?

1. SET BERPANTANG / SET BERSALIN BASIC
* Vitalea (Multivitamin) 120bj
* B-Complex 120bj
* Vitamin C Plus 500mg 180bj
*Alfalfa 330bj (s) 700bj (L)
*Omega 90bj
*ostermatrix  120bj
*esp 850g

berbaloi tak?? Mesti lah berbaloi kan.. jimat 2 in 1 dalam 1 masa dalam berpantang  badan tak lemau , susu pun meriah ..

i❤shaklee👏👏


Jom deal dengan saya🤗

0115-6761461

#AdawiyahShaklee
#pengedarShakleeKelantan



KALSIUM SANGAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN.

Mak2 mesti letih seharian kat rumah.

Boleh kira tak berapa kali hari ni kita sapu sampah? Mesti lebih 10x😅😅

Bila malam tiba mula lah rasa lenguh 1badan, sakit pinggang dan mintak seben urutkan😵

Bagi kaum wanita yang inginkan tido lena dan berkualiti tanpa rasa terganggu bila sakit melanda boleh cuba kalsium #ostematrix ni.

Kenapa OSTEMATRIX shaklee berbeza?

🌸 1 biji Ostematrix = 1 gelas susu = 80 biji badam.

🌸 mengandungi 1000mg Kalsium (sumber semulajadi yang mudah diserap).

🌸 mengandungi 400mg Magnesium (bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya).

🌸 400 IU Vitamin D (merangsang penyerapan kalsium).

🌸 Mengandungi Boron (bantu dalam metabolisma tulang).

🌸 mengandungi Mangan, Tembaga dan Zinc (mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang).

❤ Ostematrix sebotol (120 biji).
❤ Anggaran harga sebiji hanya 55 sen saja.



Jom topup kalsium dengan ostematrix. Takkan nak kunyah 80biji badam 1hari. Nanti rongak jugak gigi😀

Berminat? 😊
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

www.wasap.my/60115-6761461
#Ostematrix
#Pengedar Shaklee Kelantan
#AdawiyahShaklee


SUSTAINED RELEASE VITA C VITAMIN KULIT CANTIK SEMULAJADI 💖

Kalau badan kita cukup vitamin C, InsyaAllah kulit yang kusam akan jadi berseri-seri.

Tapi kita kena lah dapat cukup bekalan vitamin C untuk sehari.

Badan kita memerlukan vitamin C supaya saluran darah kita berada dalam keadaan yang baik. Bila saluran darah dalam keadaan yang baik, darah dapat mengalir dengan baik, jadi kulit pun akan dapat nutrien yang cukup.

Sustained Release Vita C mengandungi 500mg Vitamin C yang boleh membantu mengatasi masalah kulit kusam anda. Keistimewaan vitamin C ini ialah kerana ianya Sustained Release iaitu ia akan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan di dalam badan.

Manfaat Sustained Release Vita C Shaklee;

❤Membentuk Kolagen

Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

❤Memperbaiki simptom pendarahan

Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

❤Peningkatan sistem imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

❤Memerangi kanser

Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

❤Mencantikkan kulit

Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

❤Memperbaiki Insomnia

Ia memperbaiki Insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan

❤Mengekalkan kolestrol sihat-

 Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Dapatkan SUSTAINED RELEASE VITA C anda hari ini.



Whatsapp Adawiyah

01156761461


ESP SANGAT BEST! 😍

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE



❗️Anda ingin pregnant
❗️Sedang pregnant
❗️Menyusu anak
❗️Ingin kurus
❗️Anda sibuk
❗️Nak CANTIK
❗️Diabetes
❗️Ingin kekal sihat

Kebaikan ESP SHAKLEE

♦️Kuatkan rahim.
♦️Bantu pembentukan otot bayi.
♦️Membantu pekat dan perbanyakkan susu badan.
♦️Membuatkan kita kenyang.
♦️Pelengkap nutrient dalam badan.
♦️Kulit gebu dan anjal.
♦️Membekalkan tenaga


Jom deal dengan saya🤗

0115-6761461

#AdawiyahShaklee
#ShakleeKelantan
#LATFAMILYTEAM

TAK SANGKA BEGINI JADINYA

TAK SANGKA BEGINI JADINYA



Hari tu selepas melahirkan anak badan saya rasa sangat lemah. Macam kain buruk lemah tu rasa letih sangat - sangat macam nak tergolek golek jatuh ke bawah disebabkan banyak sangat keluar darah waktu tu.



 Nak tak nak saya kena susukan anak sebab anak masa tu anak saya baru lahir dah kelaparan hari tu.

Tapi ni disebabkan oleh banyaknya keluar darah masa bersalin tu tapi nak tak nak saya tetap kena bangun jugak untuk susukan anak saya.

Anak saya baru lahir masa tu dah bunyi dah suara anak saya menangis nak susu. Nurse kejutkan saya untuk susukan anak sebab anak dah terlalu kelaparan.

Mungkin kalau saya terus tidur anak mungkin akan biru kan. Akan kebiru-biruan macam tu sebab dia menangis dengan sangat kuat.

Lepas tu saya susukan anak. Saya bangun jugak usaha jugak untuk susukan anak walaupun saya tak terdaya, saya rasa macam nak pengsan.

 Walaupun lembik, walau macam mana pun saya usaha untuk susukan anak. Sebab saya tahu dengan susukan anak saya boleh selesa, anak saya kenyang dan anak saya tak berlaparlah hari tu.

Tapi nak di jadikan cerita susu sikit. Anak rasa tak puas. Tak puas lagi. Ok tak pe mungkin sebab cara menyusu saya tak betul. Saya adjust lagi. Adjust lagi.

Haa dan akhirnya anak saya boleh menyusu dengan betullah. Biasalah tu mak pertama kali kan ok.

Lepas tu, lepas beberapa hari balik ke rumah anak saya masih lagi buat macam tu, mungkin saya lagi tak reti kot saya nak menyusukan anak dengan betul tapi saya terus usaha, tapi anak saya ni kuat sangatlah nak menyusu tu.

Biasa orang kata, anak yang baru lahir ni memang dia kuat menyusu sebabnya dia punya perut tu kecik jadi dia akan selalu menyusu.

Lepas sebulan berpantang, saya nampak anak saya asyik menyusu lagi, menyusu lagi tak kenyang kenyang. Saya pun rasa lemah, badan saya pun rasa letih , badan saya pun lembik.

Saya rasa tak dapat uruskan rumah tangga elok. Memang saya masih dalam pantang. Tapi diri sendiri saya pun saya tak boleh jaga elok sebab saya terlalu lemah.

So, dari situ. Saya rasa terlalu lemah tu sehingga saya rasa nak tidur je.. Rasa lemah macam kain buruk. Rasa lemah tu macam nak makan nasi pun tak bermaya, nak kunyah nak telan nasi tak bermaya.

Selalu saya minta tolong suami saya, emosi saya pun tak stabil, saya mula nak marah suami Saya selalu.




Lepas tu, Last sekali saya tak tahan. Saya tak tahan sangat sangat dah. Masa anak saya asyik kacau saya je nak menyusu saya pulak lemah, letih bersalin pulak tak habis lagi, penat lagi bersalin tu masih rasa lagi.

Begini rupanya rasa tiap kali ibu bersalin. Letih sangat sampai tak terkata. Lepas daripada itu saya teringat kakak saya.

Kakak saya ni dia jual Shaklee. Haa saya teringat kakak saya ni dia pernah offer kat saya untuk cuba makan Shaklee.

Saya pun bagitau kakak saya untuk saya ambik Shaklee.

Sampai je Shaklee saya terus bancuh ESP, Saya makan Ostematrix. Saya rasa segar. Saya rasa macam saya boleh buat kerja. Rasa tak habis pantang lagi.



Sebelum ni bukan main lagi letih, lembik macam kain buruk. Tapi sekarang, Ya Allah. Segarnya macam orang tak pantang pulok.

Haaa boleh pergi klinik gi mari gi mari dalam rumah. Boleh kemas rumah. Ok tak de masalah.

Haa jadi bila rasa gituh saya rasa segar macam happy saya tak de rasa nak marah suami saya. Saya tak de rasa nak marah anak saya. Saya tak de rasa murung. Saya tak de rasa nak menangis menangis.

Kalau sebelum ni meta meta rasa nak menangis. Meta meta rasa nak menangis. Stress. Meta meta nok marah, rasa nok tepik, rasa nok jerit.

Yang ni orang kata kalau tak boleh handle boleh jadi meroyan.

Lepas makan Shaklee rasa happy je, rasa macam bukan dalam pantang, rasa seronok je, badan sihat. Makan pun lalu, tak de rasa lembik macam kain buruk dah. Makan pun lalu. Rasa teratur doh.

Haa rasa macam tu. Hari tu, saya balik pantang kat rumah mak saya pulak kan beranak yang nombor 2. Ya Allah.... Mak saya nampak perubahan pada kulit saya nampak lain macam.



Nampak glowing, nampak macam orang tak pantang. Haissshh.... Saya ingatkan saya je syok sendiri kan. Rupanya orang lain pun nampak saya macam tu. Jadi betullah ni effects daripada yang saya makan set menyusu Shaklee ini.

Kepada kawan-kawan saya yang tengah sarat mengandung. Yang tengah menanti masa untuk melahirkan anak. Saya nasihatkan untuk kita utamakan kesihatan kita. Kita utamakan diri kita.

Biasanya bila kita nak bersalin, kita utamakan anak, baju anak, kelengkapan diri anak. Kita ni, diri kita nak bersalin biasa je kita pakai tak de ape-ape pun benda lain.

Tapi sebenarnya nutrisi diri kita ni sangat-sangat penting, sebab kalau kita tak cukup susu, kalau susu kita tak  pekat elok. Kalau badan kita tak sihat. Ia akan merundumkan mood dalam satu rumah.

Suami akan moody, anak pun akan bad mood, anak pun akan asyik suka menangis. Lepas tu, kita akan rasa lagi down lagi down lagi down.Masa tu lah akan rasa nak meroyan lah.



Sebabnya, sebab diri kita sendiri sebenarnya. Diri kita tak peduli pasal kesihatan diri kita iaitu nutrisi iaitu vitamin yang perlu untuk Ibu-ibu yang selepas bersalin.

Sebab itulah kalau saya, saya utamakan yang ini. Lepas anak nombor 2. Ada duit, tak de duit ke saya memang kena utamakan kesihatan saya.

Sebab kalau saya tak utamakan kesihatan saya. Saya utamakan kesihatan orang lain saje tanpa utamakan kesihatan saya, saya nak buat kerja rumah macam mana.

Saya asyik marah kan. Suami nak buat kerja pun susah kalau bini asyik mengamuk macam orang gila kan kat rumah. Anak pun stress. Anak pun asyik kena pukul.

Kalau kita sebagai ibu pun tak boleh jaga emosikan sebab kita terlalu penat. Bagi Saya set penyusunan Shaklee ini sangat awesome, sangat sangat best.


Sebab ia dah bantu diri saya. Saya yang terlalu yang terlalu penat yang rasa tak berjaya menyusukan anak namun akhirnya saya berjaya susukan anak sehingga 2 tahun yang sulung tu. 

Anak yang sulung perempuan, dah 2 Tahun 5 bulan dah sekarang. Nama Nur Syakirah.



Anak saya yang kedua pula lelaki, dah 1 tahun 3 bulan dah sekarang. Nama Muhammad Al-Fateh. 

Alhamdulillah kedua-dua anak saya ni sihat walafiat. 




So, ini adalah satu pengalaman yang sangat hebat buat saya, sebab saya rasa ia sangat berbaloi buat saya.

So, kawan-kawan. Boleh apa-apa, kawan-kawan boleh tanya saya. Nanti saya boleh bantu korang. Kita sama-sama bantu.



Itu saja sharing saya.

Ok bye.

Thank you korang😄😄😄

Kalau nak Set Penyusuan Shaklee, boleh hubungi saya ye🤗

#AdawiyahShaklee
#ShakleeKelantan

0115-6761461

Powerlah! Tun M pun amalkan vitamin Shaklee

Fakta Vitalea Shaklee

🌱Vita-lea merupakan vitamin pertama yang dicipta didunia pada tahun 1915. Dicipta oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee. Perkataan vita-min pun singkatan dari Vitalize-Mineral. Ha so perkataan vitamin yang kite duk sebut kenal dari zaman sekolah tu asalnya dari Shaklee.

🌱Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

🌱12 vitamin dan 7 mineral seperti saranan RDA . Formula Vita-lea sangat komprehensif dan seimbang.

🌱2 tablet Vita-lea bersamaan 40 jenis lauk. Tak bermakna after amik Vita-lea tak perlu makan dah
Tetap kene makan macam biase cume tak perlu sampai 40 jenis lauk

🌱Tablet multivitamin paling pantas larut dalam air dan tubuh manusia

🌱Kanak-kanak pun boleh ambil sebab tu ada Vitalea for Childrens. Istimewanya Vita-lea ni ia sangattttt pantas diserap oleh tubuh kita..

🌱Vitalea juga mengandungi teknologi salutan micro.. Dan ia bukan sebarang multivitamin biasa kerana Vitalea menjalani 340 ujian kawal mutu..

🌱Pengambilan secara berterusan selama setahun mampu mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%

Rajinkan diri ambil suplemen InsyaAllah jarang anda kehospital, kalo pegi pun melawat orang...

🌱Vita-lea merupakan salah satu rahsia Tun Mahathir kekal sihat diusia emas.
Pemimpin yang disegani kawan dan lawan, lantang bersuara diperingkat antarabangsa rupa-rupanya pengguna produk  Shaklee.

250 juta usd dilaburkan untuk ujian klinikal dan RnD. Bukan hanya untuk Tun M tapi untuk kita semua menikmati product yang berkualiti, selamat dan semulajadi.

🌱Vita-lea ade iron element. Sangat disyorkan buat ibu hamil yang ANEMIA dan mereka yang mengalami luke pendarahan besar.

Penutup vitalea berbeza dari penutup botol Shaklee lain, lebih kedap, kerana unsur iron @ zat besi yang mudah teroksida

Contohnye besi mudah berkarat bile didedahkan diudara...

Sebab tu VITALEA ni special..
 Jadi jangan tunggu lama2..

Awak2 yang nak gemuk, yang nak sihat, yang ada anemia masa hamil, cepat2 order Vitalea ni..


Bagus dari pelbagai aspek tau..

Kalau berminat, jom deal dengan saya.

#AdawiyahShaklee
#PengedarShakleeKelantan.
0115-6761461


Sabtu, 15 Disember 2018

Keistimewaan Vitamin C Shaklee yang ramai orang tidak tahu.


Assalamualaikum warohmatullahi Wabarokaatuh buat pembaca blog saya hari ini.

Ok saya buat perkongsian malam ni berkenan keistimewaan Vitamin C.

Rata rata wanita hari ni nak kulit cantik cantik, cerah, gebu kan. Tak kira cantik dari dalaman atau pun luaran. Yang penting cantik di mata orang yang kita sayang. 😄

Vitamin C ni boleh membuatkan kulit kita cantik tau. 😃

Jom kita berkenalan dulu. Sumber dari mana boleh dapat Vitamin C ni ye?



Vitamin C adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia.

Vitamin yang juga dikenali dengan asid askorbik ini merupakan nutrisi penting yang berkhidmat fungsi penting dalam tubuh kita.

Vitamin C ini tidak boleh disimpan oleh tubuh, jadi kita sangat perlu untuk mendapatkan vitamin ini setiap hari.


Badan hanya menggunakan vitamin C hanya dalam jumlah yang diperlukan setiap hari, dan selebihnya akan larut dan keluar melalui air kencing.

Sememangnya bumi ini kaya dengan sumber yang baik untuk tubuh kita.

Maka sia-sialah kita mengabaikan ia sama seperti kita mengabaikan kesihatan tubuh badan kita. Jom kita semak makanan yang tinggi kandungan vitamin C ini.

10 Jenis Buah-Buahan dan Sayur - Sayuran Tinggi Vitamin C



Ada pelbagai Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran semulajadi yang mengandungi vitamin C. Dan ada juga yang didapati dalam bentuk makanan tambahan seperti serbuk, minuman campuran, tablet, kapsul & kristal.

Sementara tanaman pada umumnya merupakan sumber Vitamin C yang baik, namun jumlahnya bergantung dari asal usul, variasi, keadaan tanah, dan iklim daerah di mana tanaman itu tumbuh. Berikut ini 10 makanan yang banyak mengandungi vitamin C.

1.Lada benggala
2.kiwi
3.Brokoli
4.Betik
5.Strawberi
6.Oren
7.Nanas
8.Tembikai Melon
9.Limau gedang
10.Bijirin

Haa ikut ranking ni. Lada benggala pon terdapat vitamin C di dalam nya.

Baru tau kan😅

Apakah kepentingan vitamin C untuk badan kita?

Vitamin C adalah vitamin yang paling dikenali berbanding vitamin lain antaranya A, B, D, E, K.

Namun begitu, setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri yang penting untuk tubuh badan kita.

Antara kelebihan vitamin C adalah:

🌹Membantu menghasilkan kolagen semulajadi tubuh.

🌹 Membantu penyerapan Iron dalam badan.

🌹 Mencegah kerosakan  sel akibat dari tindakan radikal bebas.

🌹 Mengurangkan risiko kanser dan penyakit kronik yang tertentu.

🌹 Melindungi dari jangkitan batuk dan selsema

🌹Meningkatkan tahap imunisasi

🌹Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut.

Vitamin C merupakan salah satu jenis vitamin yang larut dalam air.

Vitamin ini berperanan sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menangkap radikal bebas.




Fungsi lain lagi vitamin C untuk badan adalah:

1.Mengatasi Flu (jangkitan)

Vitamin C memang tidak secara langsung menyembuhkan orang yang terkena flu. Namun, konsum vitamin C dapat mempercepat penyembuhan dari penyakit flu. (jangkitan)

2. Sistem kekebalan tubuh.

Vitamin C juga memilih peranan penting dalam menjaga daya tahan tubuh dari serangan virus, bakteria dan radikal bebas.

3. Antioksidan

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas.

Ye batuk pon boleh, demam, selsema, sakit tekak. Untuk gejala2 nak demam semua tu.

4.Penyakit mata

Salah satu penyakit mata yang umum terjadi adalah katarak. Memenuhi kebutuhan konsumsi vitamin C harian dapat membantu mencegah penyakit katarak.

5.Kesihatan kulit

Dalam merawat kecantikan, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih segar, vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan.

6.Kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mengambil vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan supplement) memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payu dara.

Untuk apa vitamin C Shaklee??

Ok Adawiyah kupaskan satu persatu ehh..



1. Kecantikan kulit

Mencerahkan kulit, mengurangi pigmen tasik, jerawat, kulit tidak sekata, kulit kering dan kanser.

2.Merangsang pembentukan kolagen.

Kolagen merupakan sejenis protein yang terdiri daripada asid amino dan bekerjasama dengan keratin untuk menghasilkan kulit dengan kekuatan, kelicinan, keanjalan dan berdaya tahan.

Ia juga merupakan struktur asas dalam pembinaan otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Jika kita kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut, dan otot menjadi lembik seiring dengan pertambahan usia.

3.Meningkatkan sistem imun

Pengambilan secara teratur dapat melindungi badan dari jangkitan seperti selsema dan demam di samping menguatkan tulang dan gigi.

Vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Membantu mengurangkan alergi seperti astma, ekzema, dan resdung.

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi dengan lebih baik.

Mengurangkan jangkitan selsema, batuk dan demam.

4. Mengekalkan kolesterol sihat.

Menurunkan kadar tekanan darah yang merupakan punca kepada penyakit darah tinggi.

5. Bersifat Antioksidan

Berfungsi sebagai antioksidan. Oleh itu, ia dapat menghalang serangan radikal bebas di persekitaran.

6. Merawat insomnia

Bertindak sebagai anti-stress

Memperbaiki masalah insomnia yang terjadi akibat stress.




Tanda-tanda kekurangan vitamin C :

1.Gusi mudah berdarah

2.Mudah lebam

3.Luka lambat sembuh

4.kulit dan rambut kering serta kasar, rambut bercabang dan rosak.

5.Hidung berdarah

6.Muka Kusam dan nampak tua akibat kurang kolagen.

Haa.. Ada ke korang dalam ni ada tanda2 kekurangan vitamin C.??



Lepas ni kena topup segera badan dengan vitamin C Shaklee ni..

Vitamin C Shaklee ni juga berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi Imun). Mengikut Doctor-Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C.

Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.




5 Sebab Vitamin C Shaklee Lebih Hebat berbanding Jenama Lain

Perbezaan vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang banyak dijual di farmasi atau drugstore.

Jom berkenalan dengan Sustained Release Vita-C Plus

1.Diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa)

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa). Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat iaitu 1.5 mg selama setiap jam.

Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg vitamin C dan ianya di rembesan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.

Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee, badan kita tidak terus menerima 500 mg vitamin C. Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit iaitu 100 mg untuk setiap jam.

Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dilepaskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dan badan akan menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.

2. Mengandungi 120 mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini ekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C complex.

Selain itu juga, setiap tablet vitamin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C ni?

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.

Ia juga dapat mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, dan mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.



3. Membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 buah oren berserta dengan kulitnya.

Satu tablet SR Vita-C Plus ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 biji buah oren berserta kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari kan?






Namun vitamin C Shaklee diperbuat bukan dari buah limau/oren. Ia diperbuat daripada ekstrak jagung. Jadi selamat untuk orang yang ada gastrik makan vitamin C Shaklee ini. Vitamin C Shaklee juga mengandungi keberkesanan Vitamin C itu sendiri.



4. Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Kebanyakan vitamin di farmasi atau pasaraya luar adalah vitamin sintetik.

Jom lihat perbandingan.

Bahan
Semulajadi: Bahan pembuatan sudah tentunya diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi.

Sintetik: Bahan pembuatan adalah berasaskan bahan kimia.

Harga
Semulajadi: Harga selalunya tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah (kerana sumber yang semulajadi dan berkualiti)

Sintetik:
Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia, bukan sumber semula jadi.

Pek silica:
Semulajadi: Tidak memerlukan pek 'silica gel' dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.

Sintetik:
Mengandungi pek kecil 'silica gel' dalam botol vitamin (yang macam biji dalam kasut tu)

Sumber
Semulajadi : Nama sumber adalah ditulis nama asli seperti fish pil, soy beans, citrus, alfafa dan sebagainya.

Sintetik:
Nama sumber mengandungi '-ate' atau 'ide' seperti acetate, palmitate, Thiamine, hydrocholoride dan ect.

Penerimaan badan-
Semulajadi :
Bahan semula jadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita juga selamat dan berkesan.

Sintetik :
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolak menjadi toksin dalam badan. Bila toksin banyak dalam badan, pelbagai penyakit akan timbul.

Proses penghasilan.
Semulajadi:
Dihasilkan dari ekstrak bahan bahan semula jadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.

Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Sintetik: dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan - akan bahan yang terdapat dalam vitamin.

Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul. Molekul karbon, hidrogen, dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Kesan jangka panjang.
Semulajadi: Tidak mendatangkan kesan  sampingan kerana penghasilan dari bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semula jadi)

Sintetik:
Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilan.



5. Tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan.

Kebanyakan vitamin C yang dijual di farmasi mempunyai perasa dan diawet. Namun tidak bagi vitamin C Shaklee. Kerana ianya tiada langsung pemanis tiruan.

Vitamin C Shaklee juga merupakan Immune booster serta anti radang.

Ia mampu membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya (kadar penyerapan yang optimum)



Jadual pengambilan vitamin C sebenarnya tak tetap bagi seseorang individu tapi lebih kepada sejarah penyakit seseorang itu.

Ok mungkin ada sesetengah orang bersefahaman ambil 1000 mg/daily of vitamin C. Ada juga yang ambil 500mg daily.

Mana mana pon tak salah janji dalam harian kita cukup vitamin C pun dah baik.

Tapi kena ingat pengambilan vitamin C secara berlebihan boleh menyebabkan dehydration.

Proses yang seimbang untuk pengambilan vitamin C sebaik - baiknya 500 gm daily. Atau sebiji sehari vitamin C Shaklee dah cukup untuk achiere good health result.

Kalau sakit, selsema, demam, luka, stress. kena ambik lebih dari sebiji. Ambik 2 biji untuk cepat proses pemulihan.

So kena cukup minum air sekurang kurangnya 2 liter sehari atau 8 gelas untuk result yang lebih baik.

Tak boleh kurang minum air. Nanti dehidrasi. Kulit kita jadi kering nanti.



Di bawah ini saya senaraikan sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian kita.:

💝Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri

💝 Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

💝Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress)



💝Bagi perokok, kehilangan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50 - 100mg vitamin C dalam badan.

💝Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

💝Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu memberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan kulit.

1.Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok jadi orang yang di sekelilingnya akan terkena tempiasnya)

Jika cuaca berjerebu juga sebab itu disarankan orang ramai meningkatkan C pengambilan vitamin C

2. Ibu mengandung, ibu menyusu, atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini Imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut.

3.Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.

4.kanak-kanak. Vitamin C chewable ada dan memang sedap.

5.Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stoke, kolesterol tinggi dan darah tinggi.

6.Orang yang mudah selsema dan demam. Untuk tingkatkan Imun badan.

7.Pesakit anemia (gejala kurang darah)

8.Orang yang ingin kulit gebu, anjal, dan awet muda.

9.Orang yang nak improve sexual health.

10.Orang yang nak kurus.

11.Orang yang selalu stress dan moddy.









Ok Adawiyah rasa setakat ni saje perkongsian malam ni.

Kalau anda nak vitamin C Shaklee ni boleh roger Adawiyah tau😃



#AdawiyahShaklee
0115-6761461

Bye korang,

Salam sayang,
Adawiyah.