Isnin, 10 Disember 2018

Bagaimana Saya Jatuh Cinta Pada Shaklee?

Assalamualaikum W. b.t buat pembaca blog saya. Hari ini saya ingin menceritakan kisah hidup saya mula-mula dengan vitamin Shaklee.



Ok saya cerita ye. 🤗 Macam ni kisah saya. Dulu, waktu saya di usia remaja, waktu saya berumur 18 Tahun pada tahun 2011. Kulit muka saya dulu agak teruk. Wajah saya Berminyak, berjerawat pasir, berjerawat batu, Kulit muka saya Kusam tak bermaya.




Badan saya mudah penat, letih. Sangat letih. Balik kolej kat tempat belajar dah penat, letih nak buat kerja kolej, dah penat. Mengantuk je.. Itulah saya yang dulu..

Macam-macam produk dah saya guna. Muka tetap macam tu. Saya nak jugak cantik, Putih, Gebu Bak Bidadari kan 🤗Hehe..

Cantik, gebu, yang saya nak bukan sebab Make up tebal. Seinci dua inci. Saya nak putih, gebu kulit wajah tu sendiri. Saya nak kulit wajah saya tu yang sihat, dan cantik.

Memang orang perempuan ni, memang sangat menitik beratkan soal penampilan diri, penampilan wajah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki ni tau. 😉

Muka saya mula dah dipenuhi Parut-Parut sebabnya saya ni, suka sangat memicit Jerawat yang hinggap di muka saya. Mulalah timbul rasa malu pada kawan-kawan, serta pada orang yang berurusan dengan saya.

Malu sangat tak usah nak kata, tapi saya tetap kena keluar rumah pergi belajar dan hadir kelas itu kewajipan saya. Masa tu, saya masih belajar di kolej.

Saya tetap kena keluar rumah siapkan tugasan saya di Perpustakaan yang berurusan dengan ramai orang. Memang malu, tebalkan lah muka yang malu tu. Tak kan nak menyorok kan.

Dalam masa yang sama, saya masih mencari-cari dan tercari-cari produk yang sesuai sangat dengan saya. Tapi saya masih diamkan diri. Saya Servey dululah dengan bajet ciput yang saya ada.

Saya impikan suatu produk yang berbaloi untuk saya, selamat, semulajadi dan juga berkesan. Taklah hangus macam tu je duit saya.

Kalau tak berkesan, tak selamat, komfem hangus macam tu je duit saya untuk produk tu.

Sebab itulah, saya betul-betul nak pilih produk yang terbaik. Dah diuji secara klinikal oleh pakar-pakar. Bukan produk yang timbang kilo yang dijual dengan harga murah-murah. Tapi kesan, kesan yang memudaratkan kesihatan pula.

Salah pilih produk, jadi timbul masalah lain pula. Timbul masalah kanser la, Kulit muka makin teruk la, sebab apa? Sebab... Produk kecantikan yang diambil itu tidak selamat, tidak di uji oleh pakar saintis. Produk itu juga mengandungi racun berbahaya.

Pakai banyak-banyak tempek-tempek rupa-rupanya ada racun. Membuatkan kulit muka kita pula yang teruk lagi bertambah parah. Dah ada kes-kes ini terjadi, berlaku di Malaysia kita. Sebab tulah nak pilih produk pun kena berhati-hati.

Saya memang berhati-hati dalam bab memilih produk kecantikan ini. Banyak saya servey dulu. Tengok apa kandungan dulu dalam produk kecantikan yang saya nak ambil itu.

Ok, balik pada kisah saya dengan vitamin Shaklee. Waktu saya mengalami masalah tu, Allah hadirkan kakak sulung saya yang offer kan saya untuk mencuba vitamin Shaklee.

Kakak Sulung saya Nur Zahirah waktu tu sedang menyusukan anak sulungnya Aiman yang dah nak masuk 2 tahun.

Lagipun kakak saya masih menyusukan anak keduanya Syamimi waktu tu, yang baru berumur 1 Tahun. Kakak saya ambil Set Menyusu Shaklee.

Pada mulanya saya perhatikan saje je kakak Sulung saya ni. Ambil vitamin - vitamin Shaklee untuk keperluan dirinya dan 2 orang anaknya yang beliau susukan.

Kakak saya berjaya menyusukan Aiman dan Syamimi sehingga berusia 2 Tahun dengan susu ibu. Dengan bantuan vitamin-vitamin Shaklee untuk cukupkan nutrisi pada badan.

Bila nutrisi pada badan cukup, automatik susu badan cukup. Saya dan kakak Sulung saya, jarang berjumpa. Kakak Sulung saya masa tu, tinggal jauh di Miri, Sarawak atas urusan kerja. Setelah 2 Tahun, kakak saya balik kembali ke Kelantan.

Lama-kelamaan setelah hampir 2 Tahun kakak saya konsisten ambil vitamin Shaklee. Saya jadi teruja lepas saya nampak perubahan mendadak kakak saya.

Saya nampak kulit kakak saya semakin cerah, cantik, gebu sangat. Kesan dari pengambilan vitamin-vitamin Shaklee. Lain macam je kulit kakak Saya sewaktu sebelum ambil vitamin Shaklee dengan selepas ambil ni.

Kakak saya sangat aktif, dari dulu dengan sekarang memang lain. Bila dah ambil Shaklee. Sejak dari itu, saya pun terus nak cuba dan kakak saya cadangkan supaya saya ambil vitamin C dan ESP dulu untuk Set bajet saya.




Jadi, untuk pertama kali, saya hanya mencuba dengan pengambilan konsisten setiap hari, saya ambil Vitamin C dan ESP sahaja, waktu saya masih bergelar Student.

Lepas habis vitamin C dan ESP. Saya mula ambil Perfomance drink pula. Saya cuba satu persatu vitamin Shaklee sehinggalah sekarang ni.

Memang rasa lain macam bila ambil ESP. Saya dulu asyik penat, letih bila habis kelas. Pergi ke kelas jalan kaki dari asrama luar ke bangunan kelas yang agak jauh nak sampai ke kelas.

Sampai di kolej, pusing satu kolej pula. Kelas sana kelas sini dalam seharian. Panjat tangga tinggi-tinggi. Pergi bangunan situ pergi bangunan sini. Penat macam tu je setiap hari.

Jauh jarak dari kolej dengan asrama luar. Balik asrama mulalah, tidur je. Penat tak habis. Ada tugasan lagi nak diselesaikan, yang pensyarah bagi. Malam-malam kena lah berjaga. Sampai pukul 2-3 pagi nak siapkan tugasan yang pensyarah bagi. Memang penat sangat-sangatlah.. Fuhhhh...



Jadi, saya ambil ESP. Alhamdulillah... Ambil ESP, Saya bancuh terus saya rasa segar, bertenaga lain macam. Boleh pergi kelas, tak rasa penat. Bila dah sarapan dengan minum ESP. Saya rasa tengah hari baru saya rasa lapar. Nak makan nasi.

Selama ni, sebelum saya minum ESP, saya dah makan biskut dengan air teh, pukul 7 pagi. Pukul 8 pagi, lapar balik cari kuih ke, nasi ke, roti canai ke, Masuk tengah hari pula makan lagi.... macam tu lah saya tiap-tiap hari sebelum konsisten minum ESP.

Saya nampak perubahan pada diri saya bila saya konsisten makan ESP dan Vitamin C. Kulit saya makin cerah Sekata, putih gebu, glowing satu badan, bukan di muka saje cerah tu.



Saya tak mudah demam, atau sakit sejak konsisten amalkan vitamin C Shaklee. Saya memang teruja! Sangat-sangat teruja. Rasa berbaloi sangat dengan kesan yang saya dapat, daripada vitamin Shaklee.



Sehingga kini, di usia saya 25 Tahun. Saya  masih konsisten amalkan vitamin Shaklee. Kini, pengambilan vitamin Shaklee untuk keperluan diri saya dan ahli keluarga semakin meningkat. Bukan setakat ESP, dan Vitamin C sahaja.



Sejak saya berkahwin, mengandung, dan menyusukan dua orang anak. Tanpa henti. Saya telah meningkatkan pengambilan vitamin saya dalam pemakanan saya seharian. Saya telah mengambil vitamin dalam Set Hamil, Berpantang dan Menyusu.

Saya ingin memastikan keperluan nutrisi saya cukup untuk saya cukup sihat, dalam menjaga diri saya, anak-anak saya serta keluarga saya.

Sebagai ibu, Penting sebenarnya untuk kita menjaga kesihatan diri sendiri, kalau kita sakit susah kita, meranalah diri kita nanti.

Jadi, bila saya hamil, dan menyusu saya tambah vitamin Ostematrix pula dalam diet nutrisi saya. Kalsium teramat penting untuk seorang yang bergelar ibu. Bila kekurangan kalsium, tulang ibu mudah reput, lagipun nak menyusukan anak ni, susu badan terhasil dari tulang ibu.

Lagi reput la tulang ibu, gigi pun mudah tercabut kalau ibu kurang kalsium. Kita nak beri anak susu yang terbaik dengan susu ibu. Jangan sampai diri kita sendiri pula merana ye. 😉

Bila dah menyusukan anak ni, saya masih konsisten amalkan vitamin C dan ESP. Memang sangat membantu, ESP ni membuatkan susu badan saya pekat, susu banyak. Anak-anak cepat kenyang.

Dengan pengambilan vitamin C pula anak-anak tak mudah sakit. Anak-anak juga dapat kebaikan vitamin C yang disalurkan melalui susu badan ibu pada anak. Sangat berbaloi dengan harganya saya rasa dengan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee ni.

Dari situlah saya mula jatuh cinta dengan Shaklee.

Kalau ada sesiapa nak Shaklee boleh konteks saya. Boleh kontek nombor saya di bawah.

Ok itu saje Sharing saya hari ini. 😉

Bye korang🤗

Thank You.

Salam sayang dari saya.

Adawiyah.

0115-6761461








Tiada ulasan:

Catat Ulasan