Ahad, 23 Disember 2018

Bukti Pentingnya Susu Ibu.

'Bukti Pentingnya Susu Badan' - Keajaiban Susu Ibu, Bertukar Warna Mengikut Tahap Kesihatan Bayi.

Susu dari badan ibu memang tidak dinafikan mempunyai banyak khasiat untuk bayi. Malah, para ibu di Malaysia dinasihatkan agar memberi bayi susu badan sehingga anaknya berusia 2 tahun.

Tapi, ada 'sesuatu yang lebih ajaib dari khasiat' yang dikesan oleh seorang ibu di Pennsylvania apabila mendapati air susunya bertukar warna berdasarkan tahap kesihatan bayi itu sendiri.

Ashlee Chase menulis di Facebook dengan niat untuk memberitahu orang ramai mengapa pentingnya menyusu dada dari menyusu botol.

"Kenapa kamu masih memberikan anak 7 bulan minum dari dada, bagi sajalah guna botol. Dia sudah terlalu tua. Kamu perlu letakkan dia di atas katil sendiri (dengan minum susu dari botol)". Tulis Chase memulakan posting tersebut.

Bersama posting terbabit, Chase memuat naik gambar ini.

Menurut Chase, gambar di dalam plastik itu adalah susu dari badannya. Susu yang berada di bahagian atas adalah susu ketika anaknya, Elliot berada di dalam keadaan sihat.

Susu di bahagian bawah pula adalah warna susunya ketika anaknya itu sedang demam.



Jadi, ini bermakna susu berubah warna mengikut keadaan kesihatan anak? Wow, sangat magis!

Tapi sudah tentu ada penjelasan di sebalik 'magis ini' Seorang pengguna Facebook menjelaskan bahawa susu bertukar warna (kandungan nutrisi di dalamnya) mengikut air liur bayi ketika menyusu badan.

Menurut satu kajian dari Clinical and Translational Immunology pada 2013, apabila bayi sakit, bilangan leukosit dalam susu di payudara melonjak naik.

Seorang ahli biologi dan Professor Madya di Center For Evolution and Medicine di School of Human Evolution & Social Change af Arizona State University, Katie Hinde pernah menjelaskan kepada portal thestranger. Com bahawa apabila bayi menghisap puting ibunya, satu vakum (ruang tanpa udara) vakum tercipta.

Dalam vakum itu, air liur bayi akan tersedut masuk ke dalam puting ibu di mana reseptor di kelenjar susunya akan membaca isyarat di dalam air liur itu.

Kata Hinde, dengan keadaan teruja, air liur bayi itu mempunyai maklumat tentang status sistem imun bayi tersebut.

Dan ya, selepas itu badan si ibu akan mengubah isi kandungannya supaya dapat memberi nutrisi yang sesuai mengikut keadaan bayi.

Jika reseptor di kalenjar susu mengesan kehadiran petogan (sejenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan badan tak sihat), kalenjar itu akan 'menyuruh' badan ibu untuk menghasilkan antibodi bagi melawan pentagon tersebut.

Dan antibodi itu akan disalurkan masuk ke badan bayi menerusi susu ibu bagi melawan infeksi tersebut.

Ajaib, tapi saintifik! Namun sudah tentu mekanisme pemprosesan susu di badan manusia jauh lebih kompleks dari apa yang ditulis di dalam artikel ini.


Jadi, sebab itulah ibu ibu menyusu seharusnya cukup pengambilan nutrisi untuk tubuh badan dengan vitamin Semulajadi, sebab dengan pengambilan vitamin sangat mempengaruhi penyusunan pada bayi.

Apa yang ibu ibu makan akan disalurkan terus pada bayi anda.

Jom Share pada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak untuk pengetahuan bersama🤗

#JomSusuiBayiKita 😉 #AdawiyahShaklee
#pengedarShakleeKelantan.

Nak vitamin Set Penyusuan Shaklee? Boleh deal dengan Adawiyah ye😃

Whatsapp 0115-6761461


Tiada ulasan:

Catat Ulasan