Sabtu, 15 Disember 2018

Keistimewaan Vitamin C Shaklee yang ramai orang tidak tahu.


Assalamualaikum warohmatullahi Wabarokaatuh buat pembaca blog saya hari ini.

Ok saya buat perkongsian malam ni berkenan keistimewaan Vitamin C.

Rata rata wanita hari ni nak kulit cantik cantik, cerah, gebu kan. Tak kira cantik dari dalaman atau pun luaran. Yang penting cantik di mata orang yang kita sayang. 😄

Vitamin C ni boleh membuatkan kulit kita cantik tau. 😃

Jom kita berkenalan dulu. Sumber dari mana boleh dapat Vitamin C ni ye?



Vitamin C adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia.

Vitamin yang juga dikenali dengan asid askorbik ini merupakan nutrisi penting yang berkhidmat fungsi penting dalam tubuh kita.

Vitamin C ini tidak boleh disimpan oleh tubuh, jadi kita sangat perlu untuk mendapatkan vitamin ini setiap hari.


Badan hanya menggunakan vitamin C hanya dalam jumlah yang diperlukan setiap hari, dan selebihnya akan larut dan keluar melalui air kencing.

Sememangnya bumi ini kaya dengan sumber yang baik untuk tubuh kita.

Maka sia-sialah kita mengabaikan ia sama seperti kita mengabaikan kesihatan tubuh badan kita. Jom kita semak makanan yang tinggi kandungan vitamin C ini.

10 Jenis Buah-Buahan dan Sayur - Sayuran Tinggi Vitamin C



Ada pelbagai Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran semulajadi yang mengandungi vitamin C. Dan ada juga yang didapati dalam bentuk makanan tambahan seperti serbuk, minuman campuran, tablet, kapsul & kristal.

Sementara tanaman pada umumnya merupakan sumber Vitamin C yang baik, namun jumlahnya bergantung dari asal usul, variasi, keadaan tanah, dan iklim daerah di mana tanaman itu tumbuh. Berikut ini 10 makanan yang banyak mengandungi vitamin C.

1.Lada benggala
2.kiwi
3.Brokoli
4.Betik
5.Strawberi
6.Oren
7.Nanas
8.Tembikai Melon
9.Limau gedang
10.Bijirin

Haa ikut ranking ni. Lada benggala pon terdapat vitamin C di dalam nya.

Baru tau kan😅

Apakah kepentingan vitamin C untuk badan kita?

Vitamin C adalah vitamin yang paling dikenali berbanding vitamin lain antaranya A, B, D, E, K.

Namun begitu, setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri yang penting untuk tubuh badan kita.

Antara kelebihan vitamin C adalah:

🌹Membantu menghasilkan kolagen semulajadi tubuh.

🌹 Membantu penyerapan Iron dalam badan.

🌹 Mencegah kerosakan  sel akibat dari tindakan radikal bebas.

🌹 Mengurangkan risiko kanser dan penyakit kronik yang tertentu.

🌹 Melindungi dari jangkitan batuk dan selsema

🌹Meningkatkan tahap imunisasi

🌹Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut.

Vitamin C merupakan salah satu jenis vitamin yang larut dalam air.

Vitamin ini berperanan sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menangkap radikal bebas.




Fungsi lain lagi vitamin C untuk badan adalah:

1.Mengatasi Flu (jangkitan)

Vitamin C memang tidak secara langsung menyembuhkan orang yang terkena flu. Namun, konsum vitamin C dapat mempercepat penyembuhan dari penyakit flu. (jangkitan)

2. Sistem kekebalan tubuh.

Vitamin C juga memilih peranan penting dalam menjaga daya tahan tubuh dari serangan virus, bakteria dan radikal bebas.

3. Antioksidan

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas.

Ye batuk pon boleh, demam, selsema, sakit tekak. Untuk gejala2 nak demam semua tu.

4.Penyakit mata

Salah satu penyakit mata yang umum terjadi adalah katarak. Memenuhi kebutuhan konsumsi vitamin C harian dapat membantu mencegah penyakit katarak.

5.Kesihatan kulit

Dalam merawat kecantikan, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih segar, vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan.

6.Kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mengambil vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan supplement) memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payu dara.

Untuk apa vitamin C Shaklee??

Ok Adawiyah kupaskan satu persatu ehh..



1. Kecantikan kulit

Mencerahkan kulit, mengurangi pigmen tasik, jerawat, kulit tidak sekata, kulit kering dan kanser.

2.Merangsang pembentukan kolagen.

Kolagen merupakan sejenis protein yang terdiri daripada asid amino dan bekerjasama dengan keratin untuk menghasilkan kulit dengan kekuatan, kelicinan, keanjalan dan berdaya tahan.

Ia juga merupakan struktur asas dalam pembinaan otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Jika kita kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut, dan otot menjadi lembik seiring dengan pertambahan usia.

3.Meningkatkan sistem imun

Pengambilan secara teratur dapat melindungi badan dari jangkitan seperti selsema dan demam di samping menguatkan tulang dan gigi.

Vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Membantu mengurangkan alergi seperti astma, ekzema, dan resdung.

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi dengan lebih baik.

Mengurangkan jangkitan selsema, batuk dan demam.

4. Mengekalkan kolesterol sihat.

Menurunkan kadar tekanan darah yang merupakan punca kepada penyakit darah tinggi.

5. Bersifat Antioksidan

Berfungsi sebagai antioksidan. Oleh itu, ia dapat menghalang serangan radikal bebas di persekitaran.

6. Merawat insomnia

Bertindak sebagai anti-stress

Memperbaiki masalah insomnia yang terjadi akibat stress.




Tanda-tanda kekurangan vitamin C :

1.Gusi mudah berdarah

2.Mudah lebam

3.Luka lambat sembuh

4.kulit dan rambut kering serta kasar, rambut bercabang dan rosak.

5.Hidung berdarah

6.Muka Kusam dan nampak tua akibat kurang kolagen.

Haa.. Ada ke korang dalam ni ada tanda2 kekurangan vitamin C.??



Lepas ni kena topup segera badan dengan vitamin C Shaklee ni..

Vitamin C Shaklee ni juga berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi Imun). Mengikut Doctor-Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C.

Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.




5 Sebab Vitamin C Shaklee Lebih Hebat berbanding Jenama Lain

Perbezaan vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang banyak dijual di farmasi atau drugstore.

Jom berkenalan dengan Sustained Release Vita-C Plus

1.Diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa)

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya diformulasi dalam bentuk 'Sustained Release' (pelepasan masa). Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat iaitu 1.5 mg selama setiap jam.

Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg vitamin C dan ianya di rembesan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.

Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee, badan kita tidak terus menerima 500 mg vitamin C. Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit iaitu 100 mg untuk setiap jam.

Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dilepaskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dan badan akan menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.

2. Mengandungi 120 mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini ekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C complex.

Selain itu juga, setiap tablet vitamin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C ni?

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.

Ia juga dapat mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, dan mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.



3. Membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 buah oren berserta dengan kulitnya.

Satu tablet SR Vita-C Plus ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 biji buah oren berserta kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari kan?






Namun vitamin C Shaklee diperbuat bukan dari buah limau/oren. Ia diperbuat daripada ekstrak jagung. Jadi selamat untuk orang yang ada gastrik makan vitamin C Shaklee ini. Vitamin C Shaklee juga mengandungi keberkesanan Vitamin C itu sendiri.



4. Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Kebanyakan vitamin di farmasi atau pasaraya luar adalah vitamin sintetik.

Jom lihat perbandingan.

Bahan
Semulajadi: Bahan pembuatan sudah tentunya diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi.

Sintetik: Bahan pembuatan adalah berasaskan bahan kimia.

Harga
Semulajadi: Harga selalunya tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah (kerana sumber yang semulajadi dan berkualiti)

Sintetik:
Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia, bukan sumber semula jadi.

Pek silica:
Semulajadi: Tidak memerlukan pek 'silica gel' dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.

Sintetik:
Mengandungi pek kecil 'silica gel' dalam botol vitamin (yang macam biji dalam kasut tu)

Sumber
Semulajadi : Nama sumber adalah ditulis nama asli seperti fish pil, soy beans, citrus, alfafa dan sebagainya.

Sintetik:
Nama sumber mengandungi '-ate' atau 'ide' seperti acetate, palmitate, Thiamine, hydrocholoride dan ect.

Penerimaan badan-
Semulajadi :
Bahan semula jadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita juga selamat dan berkesan.

Sintetik :
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolak menjadi toksin dalam badan. Bila toksin banyak dalam badan, pelbagai penyakit akan timbul.

Proses penghasilan.
Semulajadi:
Dihasilkan dari ekstrak bahan bahan semula jadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.

Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Sintetik: dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan - akan bahan yang terdapat dalam vitamin.

Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul. Molekul karbon, hidrogen, dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Kesan jangka panjang.
Semulajadi: Tidak mendatangkan kesan  sampingan kerana penghasilan dari bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semula jadi)

Sintetik:
Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilan.



5. Tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan.

Kebanyakan vitamin C yang dijual di farmasi mempunyai perasa dan diawet. Namun tidak bagi vitamin C Shaklee. Kerana ianya tiada langsung pemanis tiruan.

Vitamin C Shaklee juga merupakan Immune booster serta anti radang.

Ia mampu membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya (kadar penyerapan yang optimum)



Jadual pengambilan vitamin C sebenarnya tak tetap bagi seseorang individu tapi lebih kepada sejarah penyakit seseorang itu.

Ok mungkin ada sesetengah orang bersefahaman ambil 1000 mg/daily of vitamin C. Ada juga yang ambil 500mg daily.

Mana mana pon tak salah janji dalam harian kita cukup vitamin C pun dah baik.

Tapi kena ingat pengambilan vitamin C secara berlebihan boleh menyebabkan dehydration.

Proses yang seimbang untuk pengambilan vitamin C sebaik - baiknya 500 gm daily. Atau sebiji sehari vitamin C Shaklee dah cukup untuk achiere good health result.

Kalau sakit, selsema, demam, luka, stress. kena ambik lebih dari sebiji. Ambik 2 biji untuk cepat proses pemulihan.

So kena cukup minum air sekurang kurangnya 2 liter sehari atau 8 gelas untuk result yang lebih baik.

Tak boleh kurang minum air. Nanti dehidrasi. Kulit kita jadi kering nanti.



Di bawah ini saya senaraikan sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian kita.:

💝Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri

💝 Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

💝Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress)



💝Bagi perokok, kehilangan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50 - 100mg vitamin C dalam badan.

💝Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

💝Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu memberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan kulit.

1.Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok jadi orang yang di sekelilingnya akan terkena tempiasnya)

Jika cuaca berjerebu juga sebab itu disarankan orang ramai meningkatkan C pengambilan vitamin C

2. Ibu mengandung, ibu menyusu, atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini Imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut.

3.Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.

4.kanak-kanak. Vitamin C chewable ada dan memang sedap.

5.Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stoke, kolesterol tinggi dan darah tinggi.

6.Orang yang mudah selsema dan demam. Untuk tingkatkan Imun badan.

7.Pesakit anemia (gejala kurang darah)

8.Orang yang ingin kulit gebu, anjal, dan awet muda.

9.Orang yang nak improve sexual health.

10.Orang yang nak kurus.

11.Orang yang selalu stress dan moddy.









Ok Adawiyah rasa setakat ni saje perkongsian malam ni.

Kalau anda nak vitamin C Shaklee ni boleh roger Adawiyah tau😃



#AdawiyahShaklee
0115-6761461

Bye korang,

Salam sayang,
Adawiyah.

31 ulasan:

  1. Minta izin share ya.. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  2. Minta izin ambik sebgai rujukan sis..tq

    BalasPadam
  3. Terima kasih berkongsi info, alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Sy mintak izin share ye..terima kasih

    BalasPadam
  5. Minta izin share yew. Terima kasih atas perkongsian..Alhamdulillah

    BalasPadam
  6. Pesakit kencing manis boleh ambik vita -C plus kah?

    BalasPadam
  7. Seeloknya makan vitamin c nie makan waktu bila? Selepas @ sebelum makan? Berapa jam sebelum @ selepas makan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh makan vitamin c Shaklee ni selepas makan. Boleh makan bila-bila masa selepas makan.

      Padam
  8. Saya mau tanya ....ya kalau org gemuk boleh ambil makan jugakah vitamin ni

    BalasPadam
  9. Vitamin c shaklee ni mmg terlalu madam ke? 😖

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara makan tu telan sambil minum air. Tak rasa masam pun. Malan vitamin c Shaklee ni bukannya kemam.

      Padam