Khamis, 8 Jun 2023

Meet and greet Session



Kelas pertama yang saya join bersama Master Nur Zahirah. 


Tajuknya : Meet And Greet By Master Nur Zahirah. 


Apa yang saya dapat dari Kelas pertama ini ialah :


1. Kita berkongsi tentang bisnes dapat ubah kehidupan orang lain dengan lebih baik. 


Contohnya : Makan ESP kulit dulu teruk sekarang dah semakin baik. 


Kata pada diri sendiri : Aku sedang berusaha mengubah hidup orang lain ke arah yang lebih baik. 


Alhamdulillah, aku dah beri sesuatu yang bagus. 


2. Kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.


kunci sudah berada di tangan kita. Kita disiplinkan diri kita sendiri. Ajak ramai orang join kelas dengar sama-sama. Kita sedang membina bisnes kita sendiri. Kita adalah CEO pada bisnes kita sendiri. 


3. Dalam bisnes akan ada up & down. Dalam bisnes ada orang datang dan pergi. Hati kita kena kental. Jangan nak sedih. Benda yang lepas jangan nak kenang. Kita ke depan. Kisah lama kita letak tepi. Kita sedang berlumba dengan diri sendiri.


4. Kenapa kita buat bisnes Shaklee?

Sebab ada produk yang bagus. Berani kan diri kita berkongsi dengan orang lain walaupun orang reject.


5. Kita tak payah tengok orang lain dalam bisnes.


Tak payah nak dengki dengan rezeki orang lain. Kita umpama berlumba lari. Hanya fokus jalan kita sendiri. Tak payah tengok orang sambil berlari sebab nanti akan jatuh kalau kita tengok orang sambil berlari. 


Thank you Master Ira atas segala sharing ni. ❤


Saya dengar di You Tube je ni. Tak sempat nak masuk zoom. Mujur ada rakaman. Tq a lot Master Ira.


#BuildYourOwnBussinessSeminar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan